Teknik Mengesan Fail

Dalam keseronokan menyimpan pelbagai maklumat di dalam komputer anda, kadang-kadang pasti anda terlupa di mana anda telah letakkan maklumat berikut.

Fail yang terlalu banyak di dalam komputer mungkin menyukarkan anda mencari fail yang diingini.

Walaubagaimanapun, cara ini dapat diatasi menggunakan fungsi Search.

Ikuti langkah berikut:

1.Buka My Computer

2. Pilih menu Search


TeknikPC


3. Pada paparan seperti berikut, pilih pilihan All files and folders


TeknikPC


4. Masukkan nama fail yang ingin dijejaki pada ruangan All or part of the file name


TeknikPC

5. Seterusnya tekan pilihan Search. Fail anda akan mula dikesan.


TeknikPC


6. Fail anda akan disenaraikan sekiranya dapat dikesan.


TeknikPC


Teknik ini amat membantu sekiranya anda mempunyai kandungan fail yang agak banyak.

Menggunakan teknik ini, anda dapat menjejaki fail anda dengan mudah.

Ambil Screenshot Komputer Anda

Cara mengambil screenshot

Pernahkah anda tertanya bagaimana pakar-pakar komputer merakam gambar komputer sedangkan mereka tidak menggunakan apa-apa perakam luaran seperti kamera digital atau handycam?

Sebenarnya, kita boleh merakam paparan komputer kita menggunakan fungsi dalaman windows. Mungkin anda tidak tahu apa itu fungsi butang “Print Screen SysRq” pada papan kekunci(keyboard) anda kerana apabila kita menekan butang tersebut, tiada perubahan yang berlaku pada komputer. Tidak seperti butang-butang yang lain seperti Delete, Backspace, Page Up. Butang Print Screen SysRq digunakan bagi merakam paparan yang berlaku pada komputer anda. Paparan yang dirakam akan disimpan sebagai gambar berformat .bmp .

Untuk makluman anda, butang Print Screen SysRq boleh didapati bersebelahan backspace, berdekatan dengan butang Insert, Home, Page Up, Delete, End dan Page Down.

Dalam pelajaran kali ini, saya akan melatih anda merakam paparan ketika anda membuka My Computer.

Ikuti kaedah berikut:

1. Buka My Computer.

2. Tekan butang “Print Screen SysRq”.

3. Buka aplikasi Microsoft Word anda.

4. Lakukan Right Click pada ruangan kosong.



5. Pilih pilihan Paste

6. Paparan yang anda rakam akan dihasilkan.



7. Sekarang simpan dokumen yang baru dicipta

Sekarang anda telah mempelajari teknik bagaimana anda boleh mengambil screenshot pada komputer anda. Gambar yang dirakam tidak terbatas pada My Computer sahaja, malah anda boleh merakam pelbagai paparan lagi. Contohnya anda bercadang untuk merakam paparan Yahoo! Messenger anda, paparan Desktop, My Documents dan sebagainya.

Sekiranya anda mempunyai masalah dalam menggunakan teknik ini, anda boleh menghubungi saya

Selamat Mencuba!

Kenalpasti Perkakasan komputer

Kenalpasti Perkakasan Komputer lebih dikenali sebagai Detect Hardware. Bagi mendapatkan driver yang sesuai untuk setiap perkakasan yang dimiliki oleh komputer, terlebih dahulu kita harus mengenalpasti model dan jenis motherboard yang dimiliki.

Driver yang sesuai harus digunakan bagi mengelakkan konflik antara driver dan perkakasan yang dimiliki.

Salah satu aplikasi yang menarik serta mampu mengesan jenis serta model perkakasan anda, anda boleh menggunakan aplikasi dari Diagnose dari Fresh Download. Aplikasi ini boleh digunakan secara percuma tanpa had masa.

Download



Berikut merupakan cara menggunakannya:

1. Pasang aplikasi FreshDiagnose dalam komputer anda.
2. Jalankan aplikasi tersebut. Pilih bahagian Hardware System



3. Seterusnya pilih bahagian Motherboard.



4. Pada bahagian Motherboard Information, maklumat mengenai motherboard anda akan dipaparkan.

5. Untuk mendapatkan driver yang sesuai, gunakan model motherboard yang anda miliki.

6. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah, anda boleh menghubungi saya.

Selamat Mencuba.

Ubah Bunyi Windows

Tahukah anda bahawa anda boleh mengubah setiap bunyi yang dihasilkan oleh windows. Apabila windows dimulakan, satu bunyi akan kedengaran seperti, ne ne ne nee. Apabila kita klik pada satu-satu aplikasi atau folder, bunyi tik pula akan kedengaran. Windows juga menghasilkan bunyi apabila pendrive dimasukkan kedalam komputer anda.

Anda hendaklah memiliki lagu/audio berformat .wav . Hanya format ini yang boleh digunakan.

Caranya seperti berikut:

Buka Start > Control Panel > Sound, Speech, and Audio Devices

teknikpc

Seterusnya, pilih Sounds and Audio Devices

teknikpc

Pilih tab Sounds. Sekarang pilih mana-mana program events yang hendak ditukar bunyinya. Untuk sesi pembelajaran, mari kita cuba ubah bunyi ketika shutdown. Pilih Program events exit windows.

teknikpc

Seterusnya tekan Browse. Pilih lokasi audio anda dan tekan Ok.

teknikpc

Kemudian, tekan Ok.

Sekarang anda telah berjaya mengubah bunyi ketika komputer anda dimatikan(shutdown). Untuk melihat hasilnya, lakukan restart terhadap komputer anda.

Untuk mengubah bunyi-bunyi yang lain, lakukan langkah yang sama.

Permainan Registry

PERMAINAN REGISTRY

Teknik yang akan diajarkan di bawah biasanya digunakan di sekolah-sekolah ataupun cyber cafe untuk melindungi fungsi-fungsi tertentu seperti regedit, Control Panel, CMD, Drive, mahupun floppy A.

Teori Registry
Registry merupakan kumpulan dari data windows yang digunakan untuk mengatur cara windows beroperasi. Anda boleh melakukan perubahan terhadap registry menggunakan regedit. Caranya:

1.Klik Start > Run . Masukkan perkataan regedit pada ruangan yang tersedia.

teknikpc

Penjelasan singkat kelima-lima root keys :
1. HKEY_CLASSES_ROOT menangani semua jenis file yang ada di windows dan menyimpan setting software
2. HKEY_USER maklumat user yang aktif serta setting control panel pada sistem operasi windows
3. HKEY_CURRENT_USER maklumat user yang aktif pada sistem operasi windows.
4. HKEY_LOCAL_MACHINE maklumat hardware yang dipakai pada komputer.
5. HKEY_CURRENT_CONFIG maklumat konfigurasi sistem yang ada.

1. MENYEMBUNYIKAN DRIVE PADA EXPLORER


Gunakan key : "HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer"

Atau

Key"HKEY_USERS\S-1-5-21-776561741-823518204-725345543-1004\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer"

Cipta satu “DWORD” baru.
Masukkan Value “NoDrives”

teknikpc

teknikpc

Double-Klik pada “DWORD” NoDrive yang anda baru cipta tadi dan masukkan Value Data.

Value Datanya adalah seperti berikut:

Value Data 1 = Buat Hide Drive A
Value Data 4 = Buat Hide Drive C
Value Data 8 = Buat Hide Drive D
Value Data 16 = Buat Hide Drive E
Value Data 29 = Buat Hide Drive A,C,D,E (1 + 4 + 8 + 16)
Value Data 32 = Buat Hide Drive F
Value Data 140 = Buat Hide Drive G
Value Data 180 = Buat Hide Drive H

Sekiranya anda ingin menyorokkan drive:
Drive A, Drive C

Nilai Value data yang perlu diisi di NoDrive= Nilai Value Data A + Nilai Value Data C
= 1 + 4
= 5

Teknik ini boleh menyembunyikan semua fail yang terdapat dalam drive tidak kelihatan.

2. MENDISABLE AKSES UNTUK MELIHAT DRIVE
Gunakan key:

"HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer"

Atau

"HKEY_USERS\S-1-5-21-776561741-823518204-725345543-1004\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer"

Caranya adalah sama seperti diatas.

Cipta satu “DWORD” dan namakan “DWORD” tersebut sebagai “NoViewOnDrive”

Value Datanya adalah seperti berikut:

Value Data 1 = Buat Hide Drive A
Value Data 4 = Buat Hide Drive C
Value Data 8 = Buat Hide Drive D
Value Data 16 = Buat Hide Drive E
Value Data 29 = Buat Hide Drive A,C,D,E (1 + 4 + 8 + 16)
Value Data 32 = Buat Hide Drive F
Value Data 140 = Buat Hide Drive G
Value Data 180 = Buat Hide Drive H

Drive A, Drive C

= Nilai Value Data A + Nilai Value Data C
= 1 + 4
= 5

Sekiranya anda ingin menyorokkan drive:
Drive D, Drive E
Nilai Value data yang perlu diisi di NoDrive = Nilai Value Data D + Nilai Value Data E
= 8 + 16
= 24


Bahagian Add and Remove Programs & Control Panel


Control Panel

1. MENGHILANGKAN AKSES CONTROL PANEL
Gunakan key:

"HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer"

Atau

"HKEY_USER\S-1-5-21-776561741-823518204-725345543-1004\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer"

Caranya sama seperti diatas. Cipta satu “DWORD” dan namakannya sebagai “NoControlPanel”. Masukkan Nilai value satu.

Add and Remove Programs
1. MENGHILANGKAN ADD OR REMOVE PROGRAMS
Gunakan key:

"HKEY_USER\S-1-5-21-776561741-823518204-725345543-1004\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Uninstall"

Caranya sama seperti diatas. Cipta satu “DWORD” dan namakannya sebagai “NoAddRemovePrograms”. Masukkan Nilai value satu.

2. MENGHILANGKAN CHANGE OR REMOVE PROGRAMS
Gunakan key:

"HKEY_USER\S-1-5-21-776561741-823518204-725345543-1004\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Uninstall"

Caranya sama seperti diatas. Cipta satu “DWORD” dan namakannya sebagai “NoRemovePage”. Masukkan Nilai value satu.

3. MENGHILANGKAN ADD NEW PROGRAMS

Gunakan key:

"HKEY_USER\S-1-5-21-776561741-823518204-725345543-1004\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Uninstall"

Caranya sama seperti diatas. Satu satu “DWORD” dan namakannya sebagai “NoAddPage”. Masukkan Nilai value satu.

4. MENGHILANGKAN ADD OR REMOVE WINDOWS COMPONENTS
Gunakan key:

"HKEY_USER\S-1-5-21-776561741-823518204-725345543-1004\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Uninstall"

Caranya sama seperti diatas. Satu satu “DWORD” dan namakannya sebagai “NoWindowsSetupPage”. Masukkan Nilai value satu.

5. MENGHILANGKAN SUPPORT INFORMATION
Gunakan key:

"HKEY_USER\S-1-5-21-776561741-823518204-725345543-1004\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Uninstall"

Caranya sama seperti diatas. Satu satu “DWORD” dan namakannya sebagai “NoSupport Info”. Masukkan Nilai value satu.


6. MENGHILANGKAN SET PROGRAMS ACCESS AND DEFAULT

Gunakan key:

"HKEY_USER\S-1-5-21-776561741-823518204-725345543-1004\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Uninstall"

Caranya sama seperti diatas. Satu satu “DWORD” dan namakannya sebagai “NoChooseProgramsPage”. Masukkan Nilai value satu.

Sekiranya anda ingin mengembalikan fungsi tersebut kepada keadaan asal, gantikan Nilai Value 1 kepada 0. Nilai 1 adalah untuk aktif dan 0 untuk nyahaktif.

Shortcut Key

Di bawah ini adalah antara shortcut key yang boleh membantu mempercepatkan kerja.

CTRL + E : Mengalihkan teks ke posisi tengah
CTRL + R : Mengalihkan teks ke posisi kanan
CTRL + O : Membuka sesuatu fail
CTRL + P : Print
CTRL + A : Memilih semua(text, fail, dll)
CTRL + S : Simpan(save)
CTRL + F : Melakukan carian
CTRL + G : Pergi ke muka surat seterusnya
CTRL + H : Melakukan tindanan terhadap text
CTRL + K : Meletakkan hyperlink
CTRL + Z : Kembali ke keadaan sebelum
CTRL + X : Kerat(cut) sesuatu(text, gambar, fail dll)
CTRL + C : Membuat salinan(copy)
CTRL + V : Tampal(paste)
CTRL + B : Bold perkataan
CTRL + N : Memulakan muka baru

Selamat mencuba..

Teknik "Send To"

Mungkin ada segelintir pengguna komputer tahu menggunakan fungsi ‘send to’ . ‘Send to’ memudahkan pengguna untuk mengalihkan fail ke sesuatu tempat.
Antara contoh ‘send to’ yang saya lakukan ialah:

teknikpc

Cara termudah untuk menentukan ‘Send To’ ini ialah dengan mengikuti langkah berikut:

Pergi ke X:\Documents and Settings\username\SendTo\

X= Drive Letter bagi pemacu (cth: C,D,E)
Username = Nama komputer

Contoh : C:\Documents and Settings\hacker\SendTo\ (Folder SendTo adalah tersembunyi)

Masukkan shortcut untuk folder yang hendak diletakkan dalam “SendTo” folder.

Contoh:

to’ memudahkan pengguna untuk mengalihkan fail ke sesuatu tempat.
Antara contoh ‘send to’ yang saya lakukan ialah:

teknikpc

Saya telah meletakkan shortcut untuk folder Software ke dalam folder “SendTo”.

Sekarang cuba right click tetikus anda dan pilih Send To..Lihat senarai yang keluar.

Click here to get Free Marketing Graphics



blogger templates | Make Money Online