Tahukah anda bahawa anda boleh mengubah setiap bunyi yang dihasilkan oleh windows. Apabila windows dimulakan, satu bunyi akan kedengaran seperti, ne ne ne nee. Apabila kita klik pada satu-satu aplikasi atau folder, bunyi tik pula akan kedengaran. Windows juga menghasilkan bunyi apabila pendrive dimasukkan kedalam komputer anda.
Anda hendaklah memiliki lagu/audio berformat .wav . Hanya format ini yang boleh digunakan.
Caranya seperti berikut:
Buka Start > Control Panel > Sound, Speech, and Audio Devices
Seterusnya, pilih Sounds and Audio Devices
Pilih tab Sounds. Sekarang pilih mana-mana program events yang hendak ditukar bunyinya. Untuk sesi pembelajaran, mari kita cuba ubah bunyi ketika shutdown. Pilih Program events exit windows.
Seterusnya tekan Browse. Pilih lokasi audio anda dan tekan Ok.
Kemudian, tekan Ok.
Sekarang anda telah berjaya mengubah bunyi ketika komputer anda dimatikan(shutdown). Untuk melihat hasilnya, lakukan restart terhadap komputer anda.
Untuk mengubah bunyi-bunyi yang lain, lakukan langkah yang sama.