Teknik ini memberikan peluang kepada sesiapa sahaja untuk menukarkan password pengguna tanpa perlu mengetahui password asal. Teknik ini boleh digunakan untuk tujuan baik mahupun jahat.Saya tidak menanggung apa-apa sekiranya terdapat segelintir yang cuba menggunakan teknik ini untuk tujuan jahat. Teknik ini amat berguna sekiranya terlupa mana-mana password akaun yang dibuat.
Walaubagaimanapun, akaun administrator perlu digunakan untuk melakukan teknik ini.
Untuk melihat semua akaun yang telah dibuat:
1. Klik Start>Run dan taipkan CMD di ruangan yang tersedia.
2. Masukkan perkataan net users pada tetingkap command prompt dan tekan enter. Semua akaun yang dibuat akan terpapar walaupun akaun tersebut tersembunyi ataupun tidak.
Untuk menukar password akaun:
1. Masukkan perkataan net user dan nama akaun yang ingin diubah. Contoh: net user hacker * atau net user “kamal jamal” * . Letakkan penyebut kata sekiranya akaun tersebut mempunyai ruang/space.
2. Anda akan diminta untuk memasukkan password baru bagi akaun tersebut. Masukkan password baru dengan penuh berhati-hati. Password yang ditaip tidak akan dipaparkan di skrin. Ulangi password yang anda masukkan tadi. Sekiranya terdapat mesej yang mengatakan semuanya telah berjaya, password lama telah berjaya ditukarkan.
Gunakan teknik ini sebaik mungkin.
Tukar Password Untuk Semua Akaun
Log In Akaun Secara Automatik
Bagi sesetengah komputer, mungkin anda dikehendaki memasukkan username dan password sebelum boleh memasuki windows. Perkara ini mungkin melecehkan sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu akaun. Ikuti langkah dibawah untuk login kedalam windows secara automatik.
1. Buka Run dan taip “control userpasswords2″
2. Pada paparan User Accounts, kosongkan kotak “User must enter user name and password to use this computer”
3. Pada paparan “Automatically Log On”, masukkan user name dan password yang anda kehendaki.
Artikel ini diambil dari http://sembangkomputer.com
Subscribe to:
Posts (Atom)