Ketika anda terlupa password akaun anda, anda boleh gunakan Password Recovery Disk untuk menetapkan password yang baru.
Sebelum anda boleh menggunakan disket ini, anda diminta melakukan langkah di bawah terlebih dahulu.
1. Buka Start menu.
2. Pergi ke Control Panel > User Accounts
3. Pilih User Account
4. Di ruangan sebelah kiri, pilih Prevent Forgotten Password.
5. Anda perlu masukkan password untuk membina Recovery Disk.
6. Sekiranya anda terlupa password akaun anda, anda hanya perlu klik pada anak panah hijau dan anda akan diminta untuk memasukkan Password Recovery Disk.
Maaf kerana tidak menyediakan snapshot.
Buat Password Recovery Disk
Tukar Password Untuk Semua Akaun
Teknik ini memberikan peluang kepada sesiapa sahaja untuk menukarkan password pengguna tanpa perlu mengetahui password asal. Teknik ini boleh digunakan untuk tujuan baik mahupun jahat.Saya tidak menanggung apa-apa sekiranya terdapat segelintir yang cuba menggunakan teknik ini untuk tujuan jahat. Teknik ini amat berguna sekiranya terlupa mana-mana password akaun yang dibuat.
Walaubagaimanapun, akaun administrator perlu digunakan untuk melakukan teknik ini.
Untuk melihat semua akaun yang telah dibuat:
1. Klik Start>Run dan taipkan CMD di ruangan yang tersedia.
2. Masukkan perkataan net users pada tetingkap command prompt dan tekan enter. Semua akaun yang dibuat akan terpapar walaupun akaun tersebut tersembunyi ataupun tidak.
Untuk menukar password akaun:
1. Masukkan perkataan net user dan nama akaun yang ingin diubah. Contoh: net user hacker * atau net user “kamal jamal” * . Letakkan penyebut kata sekiranya akaun tersebut mempunyai ruang/space.
2. Anda akan diminta untuk memasukkan password baru bagi akaun tersebut. Masukkan password baru dengan penuh berhati-hati. Password yang ditaip tidak akan dipaparkan di skrin. Ulangi password yang anda masukkan tadi. Sekiranya terdapat mesej yang mengatakan semuanya telah berjaya, password lama telah berjaya ditukarkan.
Gunakan teknik ini sebaik mungkin.
Log In Akaun Secara Automatik
Bagi sesetengah komputer, mungkin anda dikehendaki memasukkan username dan password sebelum boleh memasuki windows. Perkara ini mungkin melecehkan sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu akaun. Ikuti langkah dibawah untuk login kedalam windows secara automatik.
1. Buka Run dan taip “control userpasswords2″
2. Pada paparan User Accounts, kosongkan kotak “User must enter user name and password to use this computer”
3. Pada paparan “Automatically Log On”, masukkan user name dan password yang anda kehendaki.
Artikel ini diambil dari http://sembangkomputer.com
Reset Password Windows
Dah menjadi fitrah, manusia adalah makhluk yang pelupa. Dan kadang-kadang, manusia juga terlupa password bagi administrator Windows. Alamak, kes berat tu. Kalau lupa password untuk admin, macam mana nak akses Windows?
Relaks, jangan panik. Jangan format dulu Windows anda, kerana ada cara untuk reset password dalam Windows ni. Reset password bermaksud anda mengosongkan password tersebut, membuangnya supaya administrator tidak mempunyai password. Selepas reset password, anda boleh login ke akaun administrator dengan mudah.
Kali ini, saya akan menunjukkan cara-cara untuk reset password Windows dengan menggunakan Offline NT Password & Registry Editor. Terlebih dahulu, download fail ISO bagi Offline NT Password & Registry Editor dan burn ke dalam CD. CD dah sedia, jom ikut langkah-langkah di bawah (klik pada setiap imej untuk besarkan):
* ON kan komputer anda dan masukkan CD. Pastikan komputer akan boot dari CD.
* Mula-mula sekali, boot menu akan keluar. Tekan Enter sahaja untuk mulakan Offline NT Password & Registry Editor.
Step ONE: Select disk where the Windows installation is
Langkah PERTAMA: Pilih partition yang mengandungi folder Windows
* Offline NT Editor akan memaparkan senarai hard disk yang dijumpai, serta partition yang mempunyai Windows. Pilih partition Windows anda dan tekan Enter.
Step TWO: Select PATH and registry files
Langkah KEDUA: Pilih folder yang mengandungi fail registry
* Offline NT Editor akan meminta anda memasukkan PATH bagi folder registry. Biasanya anda tidak perlu risau akan hal ini, anda hanya perlu tekan Enter sahaja.
* Pada paparan seterusnya, pilih 1 - Password reset [sam system security]
Step THREE: Password or regsitry edit
Langkah KETIGA: Ubah password atau registy
* Menu Chntpw akan keluar. Pilih 1 - Edit user data and password.
* Di sini, anda harus pilih akaun yang ada hendak ubah. Taip 0x
* Kemudian, pilih 1 untuk kosongkan password.
* Proses reset password kini telah selesai. Taip ! untuk keluar, kemudian taip q bagi memastikan operasi tadi dijalankan.
Step FOUR: Writing back changes
Langkah KEEMPAT: Jalankan operasi
* Taip y bagi memastikan segala operasi yang telah anda lakukan tadi dijalankan.
Setelah selesai, kini anda boleh restart semula komputer anda dan login ke dalam akaun administrator tadi. Selamat mencuba, InsyaAllah ^^
Artikel ini diambil dari: http://sembangkomputer.com
Labels: offline nt, password, reset