Ketika anda terlupa password akaun anda, anda boleh gunakan Password Recovery Disk untuk menetapkan password yang baru.
Sebelum anda boleh menggunakan disket ini, anda diminta melakukan langkah di bawah terlebih dahulu.
1. Buka Start menu.
2. Pergi ke Control Panel > User Accounts
3. Pilih User Account
4. Di ruangan sebelah kiri, pilih Prevent Forgotten Password.
5. Anda perlu masukkan password untuk membina Recovery Disk.
6. Sekiranya anda terlupa password akaun anda, anda hanya perlu klik pada anak panah hijau dan anda akan diminta untuk memasukkan Password Recovery Disk.
Maaf kerana tidak menyediakan snapshot.
Buat Password Recovery Disk
Tukar Password Untuk Semua Akaun
Teknik ini memberikan peluang kepada sesiapa sahaja untuk menukarkan password pengguna tanpa perlu mengetahui password asal. Teknik ini boleh digunakan untuk tujuan baik mahupun jahat.Saya tidak menanggung apa-apa sekiranya terdapat segelintir yang cuba menggunakan teknik ini untuk tujuan jahat. Teknik ini amat berguna sekiranya terlupa mana-mana password akaun yang dibuat.
Walaubagaimanapun, akaun administrator perlu digunakan untuk melakukan teknik ini.
Untuk melihat semua akaun yang telah dibuat:
1. Klik Start>Run dan taipkan CMD di ruangan yang tersedia.
2. Masukkan perkataan net users pada tetingkap command prompt dan tekan enter. Semua akaun yang dibuat akan terpapar walaupun akaun tersebut tersembunyi ataupun tidak.
Untuk menukar password akaun:
1. Masukkan perkataan net user dan nama akaun yang ingin diubah. Contoh: net user hacker * atau net user “kamal jamal” * . Letakkan penyebut kata sekiranya akaun tersebut mempunyai ruang/space.
2. Anda akan diminta untuk memasukkan password baru bagi akaun tersebut. Masukkan password baru dengan penuh berhati-hati. Password yang ditaip tidak akan dipaparkan di skrin. Ulangi password yang anda masukkan tadi. Sekiranya terdapat mesej yang mengatakan semuanya telah berjaya, password lama telah berjaya ditukarkan.
Gunakan teknik ini sebaik mungkin.
Tukar Nama My Computer
Perkataan My Computer mungkin cukup membosankan bagi anda. Apa kata sekiranya kita tukarkan perkataan tersebut kepada perkataan yang lebih menarik. Contoh perkataan My Computer boleh ditukar kepada Hidup Batman, Sayang Awak ataupun Hacker Returned.
Ikuti langkah dibawah:
Tekan Start > Run dan masukkan perkataan regedit pada kotak yang disediakan.
Seterusnya pergi ke HKey_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\ShellNoRoam\MUICache dan cari perkataan My Computer. Double Klik pada data tersebut.
Gantikan perkataan My Computer kepada perkataan yang anda fikirkan sesuai. Saya telah masukkan perkataan Hacker Returned pada ruangan yang disediakan.
Sekarang tutup aplikasi regedit anda dan tekan F5 pada desktop. Perhatikan My Computer anda telah berubah kepada nama yang anda ubah. Teknik ini juga boleh digunakan untuk mengubah nama Recycle Bin dan sebagainya.
Labels: computer, my computer, regedit, tukar nama
Hantar File Besar Melalui Internet
Sekiranya anda sering menggunakan emel untuk menghantar pelbagai fail, mungkin anda tahu limit fail yang boleh dihantarkan. Seperti Yahoo Mail, setiap fail hanya dihadkan kepada 5mb. Saiz ini mungkin cukup kecil bagi anda sekiranya anda ingin menghantar file yang lebih besar seperti gambar ataupun dokumen-dokumen penting.
Anda boleh menggunakan cara alternatif selain menggunakan emel yang cukup membosankan.Di bawah adalah antara link yang menyediakan perkhidmatan untuk menghantar fail yang cukup besar.
Rapidshare. Had saiz bagi fail ialah 100 MB. Anda boleh upload atau download sebayak mana yang anda mahu. Fail akan dibuang dari server jika tidak digunakan selepas 90 hari.
YouSendIt. Had saiz bagi fail ialah 100 MB. Fail akan dibuang dari server selepas 7 hari, atau selepas di download sebanyak 100 kali. Anda boleh upload fail sehingga 1 GB sahaja dalam sebulan.
TransferBigFiles. Had saiz bagi fail ialah 2 GB. Fail akan dibuang dari server selepas 5 hari (30 hari jika anda gunakan Drop Zone). Walaubagaimanapun saya menghadapi sedikit masalah dalam menggunakan servis ini.
artikel ini telah dieedit dan diambil dari sembangkomputer.com.
Labels: fail, file, saiz besar, upload
Ubah Startup Windows
Startup windows yang banyak boleh membebankan windows ketika windows hendak dimulakan. Ada antara startup yang tidak digunakan dan boleh dimatikan dengan selamat. Anda boleh tentukan startup mana yang hendak dijalankan dan yang sesuai untuk dibuang. Caranya seperti berikut:
Buka start > Run dan masukkan perkataan msconfig pada kotak yang dipaparkan.
Pilih tab Startup dan hilangkan tanda ketik pada startup yang ingin dimatikan.
Melalui teknik ini juga, anda mampu mengesan kehadiran virus yang berada di komputer anda. Saya tidak menyediakan teknik ini buat sementara waktu. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan teknik tersebut, anda boleh mendapatkan Buku Teknik Menggempur Virus di:
http://viruskillz.blogspot.com
Log In Akaun Secara Automatik
Bagi sesetengah komputer, mungkin anda dikehendaki memasukkan username dan password sebelum boleh memasuki windows. Perkara ini mungkin melecehkan sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu akaun. Ikuti langkah dibawah untuk login kedalam windows secara automatik.
1. Buka Run dan taip “control userpasswords2″
2. Pada paparan User Accounts, kosongkan kotak “User must enter user name and password to use this computer”
3. Pada paparan “Automatically Log On”, masukkan user name dan password yang anda kehendaki.
Artikel ini diambil dari http://sembangkomputer.com
Matikan fungsi My Recent Documents(privasi)
Apabila kita menjalankan sesuatu file, maklumat file yang dijalankan akan disimpan My Recents Documents yang boleh didapati di Start menu. Kepada sesiapa yang menginginkan privasi, fungsi My Recents Documents ini boleh dimatikan.
Ikuti langkah berikut:
Right-Click pada jam dan pilih Properties.
Pilih tab Start Menu seterusnya pilih Customize.
Pilih tab Advance dan hilangkan tanda ketik pada list my most recently opened documents.
Tekan ok.
Sekarang file yang anda jalankan tidak lagi disimpan di dalam My Recent Documents.
Labels: privasi, recents documents